Friday, July 22, 2011

tips nak lupakan org yg pernah kita syg..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun. Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe
Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.
1) Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.
Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe
2) Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.
Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..
3) Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.
Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.
4) Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.
Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe
5) Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.
Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..
Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya.. “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.. Sekian.

Wednesday, July 20, 2011

Sayangi dia

Jika kamu memancing ikan,
hendaklah kamu ambil ikan itu.
janganlah sesekali kamu melepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja,
kerna ia akan menderita slagi ia masih hidup.
begitu juga stlh kamu mmberi harapan kpd seseorang.
stlh dia mula menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkannyer begitu sahaja
kerna dia akan trluka oleh kenangan bersamamu,
dan x mungkin dpt melepaskan segalanye
slagi die masih mengingatimu n mencintaimu..

#kredit to saya harap awak tahu saya still sayangkan awak

Sunday, July 10, 2011

Sifat-sifat munafik


“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
Huraian :
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.
Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.
Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik:
1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.
2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.
3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.
#kredit to Mutiara Hati
Orang-orang munafik sangat dibenci oleh Allah, hal ini dinyatakan dalam ayat berikut :
Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. (QS. 4:145)
Semoga Allah SWT senantiasa melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik

Wednesday, July 6, 2011

Saya sudah bekerja ke??

assalammualaikum semua:))
harini baru dapat jenguk dan jalan2 kat blog ni,
sekarang ni aku busy sangat,nak tahu kenapa??
Arniazura sekarang dah start bekerja,hohohoho...
tak lah saja nak wat gempak,aku just be a practical student in one big company,
kalau aku bagitahu kaorang Insyaaallah kaorang mesti tahu,dan kenal company tu:))
Alhamdullillah,rezeki kan,tuah ayam nmpak dikaki tuah manusia tak siapa tahu,hahaha..
happy sangat sampai berperibahasa gitu:))
actually dah 3 hari aku start berpractical
hari pertama aku dibawa melawat kilang tempat aku berpractical tu,kilang owhkeh,aku practical kat kilang
hahahaha..
semua warga dalam ofis baru aku tu semua baik,ramah dan tak kedekut ilmu,ajar setiap benda yang aku tak tahu..
korang nak tahu,warga ofis aku tu kebanyakan cina dan india,dan mat salehh celup soarang,melayu pulak hnya3,4 orang bayangkan neves tak neves aku nk mengadap diaorang pada hari pertama,Alhamdullilah,everything ok,dah tade pape lg aku nk risau,semua baik ngan aku,..
macam2 dah aku belajar walaupun baru 3 hari,kat sana,attend ordering meeting pun aku dah rasa tau,hebat tak..hahaha..budak practical je dah rasa attend meeting yang cam kat tv kita selalu tengok tu..hahaha..
lagi2 yang aku paling excited,aku dak wat confirmation shipment,bukan sebarang org boleh wat,salah confirm dengan loading department ,kita kena bayar balik total lost tu,neves gila time wat benda tu,tp bila ramai yang tunjuk ajar dekat aku,settle confirmation aku,..
untuk hari ketiga aku dah start berbincang dengan exec aku pasal tajuk thesis yang bakal aku wat,
bila dah bincang aku kene refer dengan manager,merangkap supervisor aku,dia cina dan perempuan,neves time nak bincang dengan dia,tp pas aku start buka mulut semua neves tu hilang,nak tahu,macam2 dia tanya aku pasal company tu sendiri ,apa aku faham pasal department,apa yang aku belajar,terangkan setiap proses yang aku belajar kat dia,siap kena print semua kerja2 aku tunjuk kat dia,nasib kau dapat jawab semua soalan dia,kalau tak mesti dia fikir budak UiTM ni tak berkualiti,dia cakap good kat aku,bangga weh,orang cina puji kita:))
bila dah nak end discussion dia cakap kat aku you takda suggestion untuk improve kan lagi production kita,and maybe you can suggest one system to our company can used,hehehe..baru 3 hari dah dapat soalan macam tu,nak tunggu 4 bulan ni aku tak tahu apalagi dia nak test aku,apa2 pun aku tak kan mudah putus asa,aku datang situ nak belajar,nak cari experience,aku akan bertanya kalau aku tak faham,tak perlu malu,tu cara aku bila nak belajar,bila aku nk kuar dr bilik manager dia cakap gud zura,gud luck,keep ur commitment like this:))..aku keluar dengan senyuman dibibir,korang semua doakan kejayaan aku tau...


Monday, July 4, 2011

Engkau Puas dengan apa yang talah Engkau lakukan,Engkau hanya tahu menyakiti

Assalamualaikum semua,harini aku nk share satu kisah,kisah ni jadi sendiri dekat kawan yang rapat dengan aku,dia ada kat mana saja aku ada,dia sentiasa teman aku,aku tak tahu nak mula macam mana,suppossed cita ni jadi semalam tapi aku lambat updated sebab today is my first day doing my intership,dia pun sama macam aku,hari pertama memasuki alam perkerjaan sebelum kami memegang segulung ijazah:))

3 July 20011
Dia cakap dengan aku,Zura aku rasa dia berubah,pagi tadi dia ok,tengah hari dia ok,baru sekejap ni aku rasa ada somthing happen,aku tak tipu aku dapat rasa,aku cool kan dia,aku cakap kau sabar,kau jgn buruk sangka,tak baik fikir bukan2,dia dah tak call aku dia pun dah macam tak nak layan aku..
fine, akau suruh dia relax,tunggu sampai maghrib,solat dulu,then tunggu lagi,okay dia tak call jugak,aku suruh dia call tanya kenapa,dia tak angkat call kawan aku,message tak reply,lagi yang mengejutkan dia dah deleted aku dari yahoo mail dia dan wat yahoo baru,kawan aku dah semakin syak something akn jadi,dia tunggu lagi,buat solat isyak,still sabar tunggu, doa dengan Allah,mintak petunjuk,kawan aku cakap dia akan dapat rasa kalo sidia berubah,aku faham apa dia rasa orang yg kita sayang kan,even berubah sikit pun kita akan dapat rasa,bila call lagi sekali kawan aku tanya kenapa??? dia cakp tada pape,kawan aku cakap dia tipu,dia diam,apa maknanya tu,kawan aku tersedu2 menangis dia dapat rasa dia kena tipu,dia kena main,menangis kawan aku satu malam ,dia tak tidur,kejam kan..esoknya kawan aku pergi  practical untuk hari pertama dengan mata yang bengkak,kepala pening fikir kan apa yang jadi dekat dia tambah dengan hati yg sedih,sepatutnya dia dapat kata2 semangat,wish gud luck untukharipertama start practical tapi itu semua hanya harapan,hanya impian yang tak kan pernah jadi kenyataan untuk dia, tapi Alhamdullah,dia dilayan dengan baik sangat kat Office baru,dia belajar bnyk benda baru harini,dia cakap dengan aku dia bersyukur sangat,dia akan buktikan yang dia bukan manusia yang mudah berputus asa,dia akan buktikan yang dia akan berjaya walaupun tade orang yang dia sayang lagi yang akan bagi kata semanagt untuk dia,kau jangan risau aku sentiasa ada untuk jaga kau,aku tahu kau kecewa sangat tapi apa yang perlu kau wat bersabar,Allah sentiasa ada untuk orang yang teraniaya macam kau,kawan aku cakap dia sayang kan lagi manusia itu,aku marah sangat dekat kawan aku,untuk ape engkau sayang dia lagi??untuk apa,..selepas apa yang  dia wat kat kau,..kau lupakan dia,dia hanya tahu sakitkan kau,tapi tak kan pernah tahu hargai kau,..kau tahu dia bahagia di atas kesengsaraan kau kawan,pada kau manusia kau jangan datang dekat dengan kawan aku lagi, kalau kau sekadar hanya ingin tabur janji tapi bukan untuk tunai kan janji itu kau berambus dari hidup dia,kawan aku bakn tempat untuk kau datang bagi harapan dan bukan untuk kau musanhkan harapan yang kau bina itu,kau faham??kau kejam,kau tahu tak dia sayang kau macam mana,kau letak kan maruah dia betul2 dekat hujung kaki kau,kau lah manusia paling kejam,manusia yang hanya tahu berjanji,tapi tak pernah rasa bersalah bila tak tepati,apa bezanya kau dengan si munafik,bertaubat lah,kita semau ada melakukan salah,kita sama2 perlu sujud pada Illahi memohaon keampunannya,..kawan,aku harap kau sabar hadapi dugaan ini,aku tahu kau kuat,kau manausia yang tak kan pernah mengalah walaupun setalah dia menyakitimu...kita sama2 berdoa semoga dia sedarkan kesilapan dia yang dia lakukan didunia ini,kawan aku harap kau tabah dan bersama lah kita memohon keampunan diatas apa yang kita pernah lakukan..aku sayang kau sangat..tabah kan lah hati kau.

Saturday, July 2, 2011

NAK TAU RAHSIA TAK?


Assalamualaikum semua..
nak tahu satu rahsia tak??
hehehe..
nak share ke tak, nak share ke tak..
 tp sebelum Ai share ngan korang apa rahsianya,Ai  nak bgtau,bahawasanya segment ni atas tajaan myhatiku 
Tq sayang sebab invite Ai join segment ni owkeh!!
 kalau korang nak join klik je kat nama  Cik Myhatiku kat atas ni ni:)
syarat segment ni Ai kena pilih salah satu status di bawah ni,antaranya:

1. Saya Gula-gula Kapas
or
2. Saya Gula-gula Lolipop
hehehe,time buat entry ni Ai tanye kat En.B,saya ni gula2 kapas ke gula2 lolipop,pastu2 nak tahu apa dia jawab..hehehehehe..
jeng2..jeng2..ishk benda ni tak boleh share ngan korang, ini rahsia kami berdua,tak leh share ngan sape2:))
P/S En.B awak akan tetap menjadi Mr Lolipop saya untuk selamanya,wahh!!!#MOODGEDIXXSUDAHH:))
eh2,korang over lak Ai,untuk status ni saya pilih Saya Gula-gula Kapas :))

kenapa saya pilih Gula-gula Kapas kerana gula2 kapas secara dekatnya lebih menunjukkan keperibadian seorang wanita ,gula2 kapas  lembut,manis,dan wangi:))
gula2 kapas,It's very near to show womans character:))
LOVE GULA GULA KAPAS
^-^