Sunday, October 23, 2011

Rumah diserang Belalang 2 kali:((

Assalamualaikum semua..
Ai nak share 1 cite,semalam Ai balik keje tibe2 tangan kiri Ai sakit sangat sampai tak leh nak angkat,
Ai fikir benda biasa je la kan,sebab sebelum Ai sakit tu Ai memang bnyak menelis lupe lak AI nak  ckp Ai ni lefthanded so bnyak keje yang Ai wat gune tangan kiri,then sebelum bnyak menulis tu,Ai ade angkat sebeban Invoice sebab nk updated untuk audit so i fikir it just like Ai tersalah urat maybe,coz i ni mmg jenis yg cam lembik sikit tak leh wat keje berat sgt nanti mesti demam..
After balik keje tu serius i tak larat sangat badan dah sakit tibe2 badan panas da macam nk demam,Ai bagitau mak Ai then die pun urut tangan Ai yang sakit tu dengan minyak panas,tapi sikit pun Ai tak rasa kepanasan minyak tu, mak Ai da pelik dah..
Ai as usual wat bodoh je la kan,aisshh tade pape kot kan,..then pastu Ai terus masuk bilik berkurung dalam bilik,duduk dalam gelap without buka lampu,
Tibe2 Ai dengar benda berdesing atas kepala Ai then Ai suluh dengan myphone,tibe2 Ai nampak belalang hijau  ngah terbang tak tentu arah kat dalm bilik Ai,pastu Ai terus buka lampu,then Ai terus cari belalng tu,Ai panggil Abah Ai then Abah ambil belalang tu patah kan kepala belalang tuh tibe2 abah cakap memang dia..Ai macam confused sape dia tu?? yang abah maksudkan tu,rupenya abah cakap tu memang pelesit..lepas abah patahkan kepala belalang tu abah terus bakar..
Korang nak tau bentuk belalang yang msauk umah Ai tu kepala dia berbentuk tajam dan tirus warne hijau..
pastu selang sejam tiba2 belang hijau datang lagi..abah cakap lagi belalang yang same gak..Ai tak tau lah belang tu semua ada kene mengena ngan hasad dengki orang kat family Ai atau ape,sebab ni semua kan benda2 mistik  dan hanya Allah taala je yang mengatahuinya..tapi Ai berdoa semoga Family Ai dijauhkan dai Hasad Dengki sesama manusia sebab selama ni kami sekeluarga tak pernah menggangu sesiapa..

Pastu tadi Ai saje2 je cari info kat internet pasal pelesit korang nak tau sebenarnya pelesit tu ape??


Pelesit dikatakan sejenis makhluk halus yang berkemungkinan dari golongan jin/ syaitan yang dipelihara oleh seseorang pengamal ilmu hitam. Hantu pelesit diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Pelesit ini dikatakan menjelma seperti belalang pelesit, yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus dan memasuki rumah mangsa serta menyerang dan menghisap darah mangsa.
Pelesit adalah dari golongan jin, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh.. Hantu pelesit diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Ia dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk ke rumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Ia disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.
Hantu pelesit perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.. Sebelum tuannya mati hantu pelesit hendaklah diwarisi oleh keluarga tuannya sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Hantu pelesit akan menyebabkan tuannya susah untuk mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.
Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tahi besi (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) adalah antara benda yang ditakutinya. Menurut pandangan pengamal perubatan,rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya.Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah.Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.




Wallahualam bissawab Dan Allah Lebih Mengetahui segalanya..