Monday, May 23, 2011

Pilihan Hati


Waktu kecil kita selalu keliru dengan pilihan
Bila dah besar sikit,kita dah mula ada pilhan dan citarasa kita sendiri
kita juga akan dididik untuk sentiasa membuat pilihan yang bijak,
kerana satu hari pilihan itulah yang akan menentukan masa depan kita
pilihan-pilihan akan datang silih berganti cuma kita perlu buat pilihan yang tepat
bila memilih pasangan hidup kita perlukan ketenangan dan fikiran yang waras kerana ia melibatkan masa depan kita,
dalam masa yang sama kita juga berhak membuat pilihan untuk memilih kehidupan yang sesuai dengan kemampuan kita
kita juga berhak untuk memilih arah tuju kehidupan kita
bertuahlah kita jika kita berpeluang untuk menikmati pelbagai pilihan...
dan apabila setiap pilihan yang kita pilih adalah yang terbaik
kerana disaat dan situasi yang lain ada antara kita yang tidak bernasib baik
hidup tanpa pilihan
ataupun tersilap membuat pilihan
seperti
tersilap membuat pilihan semasa memilih teman hidup
tersilap memilih kawan
tersilap memilih pasangan hidup
atau tersilap memilih pemimpin yang merosakkan masa depan negara
kadang aku terfikir adakah pilihan itu sudah ditentukan oleh takdir
atau kita mampu untuk membuat pillihan yang mampu merubah hidup kita

Pesan RASULLULLAH S.A.W
...sekiranya engkau ditimpa musibah, maka inilah yang akan berlaku akan tetapi katakanlah apa yang menimpa kau adalah Qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang apa yang Dia kehendaki,
sesungguhnya "KALAU" boleh membuka amalan syaitan
Riwayat Muslim...

Kita wajib beriman dan menyakini bahawa segala yang berlaku dengan ketentuan dibawah kekuasaanNya.
Dan ketetapan itu boleh diubah atas pilihan kita sendiri..
dengan bantuan kebijaksanaan,usaha dan doa


Go to fullsize image

1 comment:

khadijah said...

wah zura dah macam pakar motivasi..:)
wat la pilihan dengan bijak k..
jangan mengikot emosi..
tp menggunakan akal..:)
dija pulak bg motivasi..hehe