Sunday, March 20, 2011

Rahsia Perindu

Hye korang,arinih cuti hujung minggu Ai lepaking di rumah jer,tak gi mane2 pon,just online,siapkan resume untuk practical then satu ari duk golek2 atas katil baca novel,kali nih Ai talayan novel cintan cintun tau,walaupon title novel nih cam novel tangkap leleh...Rahsia Perindu,sebenarnye taklangsung,bukan sama sekali novel berkaseh sayang...novel nih novel thriller tau,Ramlee Awng Murshid yang karang mestilah thriller kan,,...best sangat2 tau karya2 beliau Ai suke sangat,thums up untuk U lah Encik pengarang..hehe=) tapernah kecewa biler baca novel2 U sebelum2 nih...
Walaupon Ai tau novel Rahsia Perindu nih bukan lah novel baru,tapi disebabkan Ai sangat sibuk sebagai student so banyak novel2 yang Ai tertinggal nak baca,..oklah tamau cita panjang korang sume baca ekh sinopsis cita Rahsia Perindu nih..


Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga.

Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!


Korang2 yang kaki novel cam Ai tapi belum baca novel  nih lagi wajib baca tau..best sangat!!!
5 bintang Ai bagi=)





5 star Ai gives  

4 comments:

saya_arief said...

kasik 10 sebab kenape suke bace buku citer tebal tu.
hoho.

arniazura said...

sebab 1.best
2.menarik
3.ilang kan bosan
4.interesting
5.hobi yang baek
6.isi masa lapang
7.tambh pengetahuan
8.meningkat penguasaan bahasa melayu
9.menghargai karya org melayu
10.support industri penulisan
haha...ok tak???

saya_arief said...

yang nombo 8 sampai 10 je diterima.
yang lain terpesong.
hahaha.

arniazura said...

eleh,..poyo sangat=)