Wednesday, February 2, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Assalamualaikum semua...tadi Ai jalan2 ngn cheq Google,pastu tibe2 terjumpe artikel pasal jodoh2nih tajuk dia 10 petanda Dia Jodoh kita...hehe..Ai suh cheq Google tunggu Ai jap,sebab Ai nak bace artikel tuh..cam interesting jer,then Ai pon terpk aper kate Ai share artikel nih kat gelak tergolek golek,supaya follower2 Ai,stalker2 Ai sume leh bace...haha..(cite cam ribu riban jer follower Ai nih kan),nthen ader ke orang nak stalk Ai punyer blog,Ah takesah lar janji Ai puas hatie ngan aper yang Ai nak wat nih...meh U all baca and renung2 kan ekh...

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita:

 1.Bersahaja

couple U all bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba u all perhatikan cara dia berpakaian, cara dia bercakap, cara ketawa serta cara dia makan dan minum,spontan atau tak ataupon dikawal or kelihatan pelik. Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Sometimes kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. If, dia tacover dan tabuat-buat, maka dia adalah calon hidup U all yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh U all.

2.Senang bersama

Even U all selalu bersamanya, dia tapernah ada perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang dia kepada U all. Dia sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan U all. Couple U all jugak rasa camtuh. Rasa senang sekali apabila bersama, nthen bila sikit,rasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, bila dia tade rasa cam kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapon jenis kisah silam yang pernah U all lakukan ataupon lalui, dia tidak ambil peduli. Dia juga tidak mengambil kisah siapa u all sebelum ini. Yang penting, siapa U all sekarang. Biarpun dia tahu yang U all pernah couple  before dis, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu,U all adalah miliknya. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup U all.

4.Sentiasa jujur

Dia  takisah apa yang u all wat asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati U all. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. U all dapat rasa bila dia menipu U all. Selagi kejujuran ada di hatinya, kebahagiaan menjadi milik U all,bila berjauhan, kejujuran be a most important in relationship, if their dia tajujur, sukar untuk dia nak setia with U all and if dia jujur, semakin rapat lagi hubungan cinta U all. Kejujuran dengan kesetiaan menjadikan cinta yang sejati.


5.Percaya Mempercayai

semua orang ada rahsia tersendiri,sometimes rahsia perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila U all mempunyai rahsia dan ingin bagitau couple U all, U all kene pk adakah rahsia U all selamat jika share nagn dia? jika U all memang dijodohkan bersama, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati dengan sendiri. U all rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada couple U all. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah U all if U all ada kedua2nya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi U all yang nak hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, U all dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. u all dan couple u all kena berkerjasama wat something perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan kena lah ikhlas bagi membantu couple u all. Da most important thing, U all dan dia dapat wat semua nih ngan hepi.Kerjasama penting sangat sebab ia boleh mempengaruhi kehidupan Ua ll dan dia  pada masa hadapan. Jika tade kerjasama, sukar bagi u all nak hidup bersamanya.

7.Memahami diri kita

Untukcouple yang memang da  berjodoh,mereka dah faham sangat ngan diri pasangannya. If U all  sakit dia bawa ke klinik, Time Ua all sedih dia hiburkan U all, bila u all mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu, time U all ngah membebel, dia setia jer mendengar. Dia selalu jer bersama ngan U all walau aperpon situasi. Takira U all sedang gembira ataupun bersedih, dia sentiasa ada untuk U all.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan, bila dia ada bersama U all melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup U all.

8.Tampilkan kelemahan

Tade siapa yang sempurna di dunia nih. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna kat dunia nih. mesti di kalangan U all ada kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup U all, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu U all. Sangat susah nak bagitau dan mengakui kelemahan di hadapan U all tapi dia tamalu tunjukkan keburukannya kepada u all. contohnya apabila dia bangun tidur,dia tamandi lagi ataupon dia rasa ingin membuang air besar malah tanpe rase malu dia mengakui dia da terkentut. .Apabila U all dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan U all hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah SWT deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. U all dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan isi hati pada situasi tertentu. Apabila U all yakin dengan pilihan hidup U all, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Mari kita renungkan bersama2....

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. 
Interesting kan,hehe..biler Ai bace artikel nih baru Ai sedar tasemua benda yang kita inginkan tuh kita akan dapat kalo Allah tameredhainya,..semua yang jadi tuh semua atas kehendakNYA,kita sebagai hambanya,hanya mampu berdoa supaya kita ditemukan dengan jodoh yang baek dan beriman. Ameen..=)

Tq alot pada Hj Abdul Samad, sebab artikel yang Ai share ngan U all nih telah ditulis oleh beliau,dan telah diubah suai gaye penyampaiannya oleh Ai..=)


Go to fullsize image
semua orang inginkan pasangan hidup

hopefully hubungan sampai kehujung nyawa=)

sangat sweet owhkeh...






2 comments:

jojo adam said...

siapalah jodoh aku kan..hahaha

arniazura said...

haha..ko try cari tande2 nihbiler ko kwn ngn saper2 confirm tuh lar jodoh ko..=)