Wednesday, April 20, 2011

PEREMPUAN MMG BEGINI

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

saya bukan untuk awak

AWAK..... CARILAH PEREMPUAN YANG CANTIK...
KERANA SY TAHU KEBURUKAN SY X MAMPU MEMBERIKAN SENYUMAN PADA AWAK...


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG KAYA....
KERANA SY TAHU KEMISKINAN SY TIDAK MAMPU MEMBANTU AWAK D DALAM KESUSAHAN...


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG BAIK....
KERANA SAYA TAHU KEJAHATAN SAYA AKAN BUAT AWAK BENCI SAYA....


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG BIJAK...
KERANA SAYA TAHU KEBODOHAN SY TIDAK MAMPU UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH AWAK...


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG TINGGI AGAMANYA....
KERANA SAYA TAHU KEJAHILAN SAYA AKN BUAT AWAK SENGSARA D NERAKA.....


AWAK... CARILAH PEREMPUAN YANG MENYAYANGI AWAK...
KERANA SAYA TAHU BENCI SY PADA AWAK AKAN MENYAKITKAN HATI AWAK...


AWAK... CARILAH PEREMPUAN YANG SIHAT...
KERANA SY TAHU SAKIT SY AKAN MENYUSAHKAN AWAK....


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG MANIS BICARANYA DGN AWK....
KERANA SAYA TAHU KATA2 KESAT SAYA AKN MEMBUATKAN SY BERGADUH DGN AWAK...


AWAK..... SAYANGILAH PEREMPUAN YANG SAYANG AWAK...
KERANA SAYA TAHU KASIH DAN SAYANG SY X CUKUP UNTUK AWAK BAHAGIA....


AWAK... HIDUPLAH DGN PEREMPUAN YG AWAK SAYANG....
KERANA SAYA TAHU KEMATIAN SY AKN MENYEBABKAN SY TINGGALKAN AWK...


JADI AWAK CARILAH PEREMPUAN YANG TERBAIK UNTUK AWAK...
KERANA SY TAHU SY BUKAN PEREMPUAN YG TERBAIK UTK AWK...

Tuesday, April 19, 2011

The Power Of Nabil


Hai korang,..
korang da tegok da video kat atas nih....mesti korang tau kan nih video aper?

Pas Raja lawak sekarang demam maharaja lawak lak kan2???...hehe...
Memang best sangat..kelakar nak mati..
yelah kan...dierang kan antara pelawak yang terbaek antara yang terbaek...dierang nih sume top 5 raja lawak kan?...


Mesti korang pk Ai nih da tertinggal ketapi kan,da nk masuk minggu keempat dah pon,...hehe.Ai baru nak terkedek2 updated citer pasal maharaja lawak nih....
sorilah sangat,almaklumlah student cam Ai nih,lagi2 yang duk umah sewe ner ade astro kat umah,pastuh bler da last sem cam sekarang nih maner ader mase nk mengadap mende nih sume biler dah ditimbuni oleh test2,asignment lagih, tak termasuk presentation lagi, pening sangat....pastuh biler ngah study week camnih, nih lah masanyer Ai duk mengadap mende2 nih sume buku tuh jap2 lg lah..hahaha...
Kat maharja lawak nih mesti korang ader favourite korang masing2 kan.2???


Ai suker nabil, suker sangat, lawak dier memang terbaek lah...kelakar nak mati...nampak jujur jer biler time dier wat lawak tuh, ngan slang negorinya, ngan telinga capang dier memang menjadi habes lah.,tak macam biler dier berlakon cam ape jer tabesh langsung...suker sangat biler die spontan wat lawak..dier bukak jer mulut sumer da ketawa...,macam2 idea giler die wat kita semua ketawa...
Bagi Ai dier memang terbaek lah suker sangat kat dier...kalo tiap2 minggu lawak dier meletoop camtuh die leh jadi juara,kan2???..

Monday, April 18, 2011

Corntoz oh Corntoz



Hai korang....
arinih Ai nak cite pasal corntoz..hehe...
mesti korang pk tah pape lah Ai ni kan...
sape Ai ni duta corntoz ke,one of the corntoz cmpany director ker, tak pon CEO corntoz...
owh tidak,jauhnyer lah Ai berangan kan2...
hehe...tape2 Berangan tuh free, takperlu bayar pape pon, takesah lah aper korang nak cakap pon...
oit2..da melalut sangat jauh nih...ape kene mengene corntoz, ngn CEO lak ni kan...=)
korang2 pernah tak tengok iklan terbaru corntoz tuh...ala yang kat atas nih lah...yang Video kat atas nih...

1st time Ai tengok Ai memang da suke r sangat dah...
gelak bagai nak giler weh,tatipu...hehe..sweet sangat kot iklan nih...memang giler..kelakar habes..
First2 Bf die start Gurau2...Ala,gurau2 manje gitu,..time tuh memang da sweet sangat...
Biler time GF die lak nak start gurau2..
Hamek ko gurau kasar dier bagi,terkejut beruk Bf dier tengok pangai giler Gf dier...hehe...
Disusun atur corntoz2 tuh kat mulut dier..da macam haperupenyer..
mau tak pengsan Bf dier tgk elok2 cun awek dier tah jadi ape pastuh...hehehe..

Ape2 pon..memang terbaek lah Advertisement corntoz nih...menarik sangat...gud job for theCorntoz crew that make it dis advertisement...
5 star Ai gives...

Sunday, April 17, 2011

Memang ALLAH Sengaja.

Memang Allah sengaja...





* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA


BE CREATIVE, BE INNOVATIVE, THINK DIFFERENTLY, THERES ALWAYS BEA

BETTER WAY...

Ku Tak Bisa

Benarkah itu cinta
Cinta yang ku cari
Jika benarlah ia ku bersyukur
Saat ku bersamamu
Sungguh ku hargai
Kau penawar segala buat ku
Sungguh ku tak menyangka
Ini semua terjadi
Namun ku rela pemergianmu

Ku tak bisa
Melupakan kisah cinta kau dan aku
Ku tak bisa
Menyayangi selain dirimu
Ku tak bisa
Menghadapi hari mendatang tanpamu
Ku tahu ini benar berlaku
Inilah kenyataanya
Ku tabahkan hati ini
Ku mohon padaMu
Berikan ku kekuatan mengharunginya
Ini semua terjadi takdir yang menentukan
Ku kuatkan semangat
Untuk meneruskan
Sungguh ku tak menyangka ini semua terjadi
Namun ku rela pemergianmu

Aku redha apa yang berlaku
Berikan ku petunjuk
Agar ku sejahtera